Pengajaran Bahasa Arab Kepada Masyarakat Awam Strategi


Download Pengajaran Bahasa Arab Kepada Masyarakat Awam Strategi


Preview text

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019)

e-ISSN: 2289-8042

Pengajaran Bahasa Arab Kepada Masyarakat Awam Strategi Mempertingkatkan Amalan Beragama Islam di Negara Brunei
Darussalam

Teaching Arabic Language for Public: A Strategy in Improving Islamic Practice in Brunei Darussalam

Siti Sara Haji Ahmad
ABSTRAK Pembelajaran bahasa Arab bagi masyarakat Islam di Asia bukan hanya bertujuan mendapatkan ilmu semata, bahkan ianya lebih berkait rapat dengan faktor ibadah. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab pula perlu disebar luaskan, agar ianya bukan hanya tertumpu dalam lingkungan sekolah atau universiti sahaja, bahkan perlu dilaratkan kepada masyarakat awam agar ajaran Islam dapat difahami dan diamalkan secara menyeluruh. Strategi ini dipercayai amat berkesan bagi memastikan ajaran Islam dapat diterapkan di setiap peringkat masyarakat secara holistik. Kajian ini bertujuan bagi menyoroti program “Mari Belajar Bahasa Arab Untuk Orang Ramai” (MBBQ) sebuah program yang ditawarkan oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali kepada masyarakat awam sebagai modal kajian. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif analisis bagi mengenalpasti sejauhmana objektif, silibus dan buku teks yang digunapakai dalam program tersebut membantu masyarakat awam dalam mempertingkatkan amalan beragama Islam. Kajian ini menyimpulkan bahawa pengajaran bahasa Arab kepada masyarakat Brunei mampu membantu mereka dalam mempertingkatkan amalan beragama Islam di Negara Brunei Darussalam.
Kata Kunci: Bahasa Arab, Masyarakat Awam, Amalan Beragama Islam, Brunei
ABSTRACT Arabic learning for the Asian community is not merely aimed at gaining knowledge, it is even more closely related to worship factor. The teaching and learning of Arabic should be disseminated, so that it is not only concentrated within the school or university only, it should even be spread to the public so that the teachings of Islam can be understood and practiced. This strategy is believed to be very effective in ensuring that the teachings of Islam can be applied at all levels of society holistically. The study aims to highlight the program "Let's Learn Arabic for People"(MBBQ), a program offered by the Sultan Sharif Ali Islamic University to the public as a research module. This study uses a descriptive analysis method to identify to what extent the objective, syllabus and textbook used in the program help the public in improving the practice of Islam. This study concludes that teaching of Arabic language to the people of Brunei is able to assist them in improving the practice of Islam in Brunei Darussalam.
Keywords: Arabic Language, Public, Islamic Practice, Brunei

311

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019)

e-ISSN: 2289-8042

Pendahuluan Mempelajari Bahasa Arab dapat membantu mempertingkatkan amalan beragama di kalangan masyarakat Islam. Ini jelas berdasarkan kepada status bahasa Arab bukan sahaja sebagai “bahasa ilmu” dan “bahasa persuratan” bahkan ianya lebih berperanan sebagai “bahasa alQur’an”dan “bahasa ibadat”. Peranan bahasa Arab sebagai “bahasa ibadat” ini adalah merupakan peranan yang mendominan keperluan masyarakat Islam. Perkara ini dinyatakan oleh Mamdooh Mohammad di mana masyarakat Islam di seluruh dunia sangat perlu dan berkehendak kepada bahasa Arab bagi tujuan solat, puasa, zakat, umrah, haji dan juga sebagainya. Oleh yang demikian pengajaran bahasa Arab bagi tujuan ibadah adalah sangat penting bagi masyarakat kita yang sangat menitik beratkan tentang ajaran Islam sejak kecil (Muhammad Jafar: 2011). Penawaran program bahasa Arab kepada masyarakat awam adalah satu langkah strategik bagi membantu masyarakat membaca al-Qur’an, melakukan ibadah termasuk berdoa dan berzikir, dan seterusnya memahami dan membantu mereka mengamalkannya.
Apabila memperkatakan mengenai keberkesanan sesuatu pengajaran, kelazimannya diukur dari segi pencapaian pelajar. Pencapaian ini pula terkesan oleh beberapa faktor penting seperti kepakaran tenaga pengajar (Ee Ah Meng: 2003), latar belakang pelajar (Ishak Baba: 2009), minat pelajar (Ishak Baba: 2009), kaedah pengajaran (EE Ah Meng: 2003), silibus, buku teks, alat bantu mengajar (Ishak Baba: 2009), persekitaran dan iklim pembelajaran(Lee Shok Mee: 1998), motivasi (Ishak Baba: 2009), kesesuaian masa (Ishak Baba: 2009) dan sebagainya. Semua faktor ini saling berkait rapat dalam sama-sama menyumbang kepada kecemerlangan pencapaian pelajar (Al-Rasheed Yusof Muhammad: 2012) begitu juga ketika mana proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di kalangan masyarakat awam.
Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerusi Fakulti Bahasa Arab dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah menawarkan sebanyak tiga (3) buah program utama kepada masyarakat awam: 1) “Mari Belajar Bahasa Arab Untuk Orang Ramai” (MBBQ) 2)“Program Kemahiran Bahasa Al-Qur’an Untuk Orang Ramai” (PKBQ) dan 3) “Program Tatabahasa Al-Qur’an Untuk Orang Ramai” (PTBQ). Kesemua program ini mempunyai tahap dan peringkat masing-masing.
Dalam konteks mengkaji sejauhmana program bahasa Arab yang ditawarkan oleh UNISSA dapat membantu mempertingkatkan amalan beragama di kalangan masyarakat Islam dari peringkat kepada peringkat yang lain, dan setakat mana amalan ini diterapkan di dalam silibus dan buku teks, maka kajian awal ini akan memfokuskan kepada program MBBQ dengan menganalisa silibus dan buku teks yang digunapakai dalam program tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini mengandungi lima (5) bahagian: pertama: pendahuluan, kedua: program MBBQ, ketiga: aspek-aspek penerapan amalan beragama dalam silibus MBBQ, keempat: kesan silibus MBBQ kepada Masyarakat Dalam Amalan Beragama, Kelima: Cadangan dan penutup.

312

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019)

e-ISSN: 2289-8042

Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif analisis bagi mengenalpasti sejauhmana objektif, silibus dan buku teks yang digunapakai dalam program tersebut membantu masyarakat awam dalam mempertingkatkan amalan beragama Islam.

Dapatan Program MBBQ Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) memainkan peranan penting dalam mengembang luaskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Negara Brunei menerusi penawaran pelbagai program. Antaranya ialah program Bahasa Arab untuk orang ramai. Program “Mari Belajar Bahasa Arab Untuk Orang Ramai” (MBBQ) tahap asas merupakan program pertama yang ditawarkan. Sejak program tersebut ditawarkan pada bulan Oktober 2012, program yang ini telah berjaya menawarkan empat (4) tahap pengajian: tahap asas, tahap pertengahan, tahap lanjutan I dan tahap lanjutan II.

Program ini ditawarkan tiga (3) pengambilan setiap tahun. Tempoh kursus adalah selama 12 minggu iaitu 24 jam. Setiap sesi mengambil selama dua (2) jam. Peserta diberikan pilihan samada memilih hari Juma’at atau hari Ahad. Bahasa penghantar yang digunakan adalah bahasa Arab dengan bahasa Melayu atau bahasa Arab dengan Inggeris. Tenaga pengajar program ini adalah terdiri daripada tenaga akademik di Fakulti Bahasa Arab UNISSA.

Program ini antara lain bertujuan untuk membantu para pelajar menyebut, memahami perkataan dan ayat daripada al-Qur’an al-Karim, al –Hadith dan sumber-sumber lain. Program ini telah berjaya menerima 12 kali pengambilan sejak ianya mula ditawarkan pada Oktober 2012. Setakat ini, belum ada sebarang kajian dilakukan terhadap silibus dan buku teks dalam menganalisa setakat mana amalan beragama Islam diterapkan di dalam buku teks tersebut.

Penerapan Amalan Berugama Menerusi Buku Teks MBBQ: Kajian ini akan menfokuskan kepada elemen-elemen yang terdapat dalam buku teks MBBQ yang dapat membantu dalam meningkatkan amalan berugama di kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Sebelum kajian ini mengongsikan sejauh mana amalan beragama diterapkan dalam program-program MBBQ, terlebih dahulu dihuraikan objektif, tahap peserta, jenis buku teks dan silibus. Huraiannya adalah seperti berikut:

MBBQ I: Tahap Asas (Mubtadi’):

Objektif:

- Memperkenalkan huruf-huruf Arab, jenis-jenis baris, Lam as-Syamsiyyah dan Lam al-Qamariyyah. Di samping diperkenalkan juga ism isyarah, beberapa nombor bilangan, warna dan anggota badan.
- Membantu pelajar dalam menyebut huruf dan baris tersebut dengan betul. - Mengaplikasi topik-topik yang dipelajari dalam perkataan yang dipetik
daripada surah-surah lazim, hadis-hadis Nabawi dan juga sebagainya. - Memperkaya perbendaharaan kata.

313

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019)

e-ISSN: 2289-8042

Tahap Peserta:

Peserta yang mengikuti program ini adalah mereka yang tidak mempunyai asas dan latarbelakang pengajian dalam bahasa Arab.

Buku teks:

Buku teks yang digunapakai ialah “Lughah Al-Qur’an li Al-Jumhur li AlMubtadi’” (Shohibuddin Laming & etal: 2015). Buku ini dikarang sendiri oleh tenaga akademik UNISSA yang juga merupakan tenaga pengajar bagi program ini.

Silibus:

Silibus program ini memfokuskan kepada pengenalan huruf-huruf Arab serta bentuk-bentuknya, mengenali cara bacaan yang betul dari segi baris, pendek dan panjang, tanwin, mati (sukun), Lam as-Syamsiyyah dan Lam al-Qamariyyah serta aplikasi masing-masing dalam perkataan yang terdapat dalam surah-surah lazim dan hadis-hadis Nabawi. Di samping itu, pelajar akan diajar topik berkaitan dengan mengenali anggota badan manusia, hari, minggu dan bulan serta warna.

Contoh Penerapan Amalan Beragama Dalam Buku Teks: Dalam tahap asas ini, peserta didedahkan kepada elemen-elemen yang membantu mereka mengamalkan cara beragama. Elemen-elemen yang terdapat dalam buku teks ini adalah : • Sebutan huruf: Sebutan huruf yang betul dengan mengambil berat perbezaan antara harakat panjang dan pendek seperti:

‫َكتَ َب – َكاتَ َب ، َقتَ َل- َقاتَل‬

Dalam waktu yang sama, mampu membeza huruf-huruf yang hampir sama sifatnya misalnya : huruf ‫ س‬dan ‫ ص‬seperti dalam perkataan:
‫َص ِع ْيد – َس ِع ْيد َصبَّ َح – َسبَّ َح‬

huruf ‫ ء‬dan ‫ ع‬seperti dalam perkataan:

‫أَ َمل – َع َمل‬

‫أَ ْرض - َع ْرض‬

dan sebagainya. Perkara ini memudahkan peserta lancar membaca alQur’an dan keyakinan diri dalam membaca pula semakin bertambah. Pencapaian sebegini dapat menggalakkan mereka untuk berjinak-jinak mencintai al-Qur’an dan melakukan inisiatif sendiri dalam membaca alQur’an secara sendirian.

314

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019)

e-ISSN: 2289-8042

• Celik Huruf; Di samping kemampuan peserta menyebut huruf dalam sesuatu perkataan, mereka juga mampu mengenal bentuk huruf di awal, ditengah dan juga dihujung perkataan, dan seterusnya mampu menulis dengan betul misalnya - mencatum huruf tertentu menjadi satu perkataan seperti:
‫َس أَ َل = َسـأَ َل‬ ‫َع َب َس = َعبَ َس‬ ‫َم ْش هُ ْو د = مشهود‬ - Menyusun semula huruf tertentu, seperti: ‫و/ل/ق/ ٍب = قلوب‬ ‫ز/ع/ي/ ٍز= عزيز‬ . ‫و/م/ف = فوم‬ Dalam hal ini, mereka bukan sahaja celik sebutan bahkan juga celik huruf.
• Memahami Makna Perkataan: Di samping menyebut huruf sesuatu perkataan, peserta juga dapat memahami maknanya. Peserta juga dapat mengetahui makna perkataan setiap kali perkataan yang sama muncul pada ayat-ayat atau surah-surah yang lain.
Memahami makna sesuatu perkataan juga menggalakkan peserta untuk lebih giat mengetahui makna bukan sahaja dalam lingkungan perkataan bahkan dalam lingkungan ayat.
Menurut kajian penulis, jumlah perkataan yang diambil dari ayat-ayat alQur’an adalah lebih kurang 70%. Peratus ini menunjukkan bahawa jumlah perkataan ini dapat membantu peserta memperkayakan perbendaharaan kata yang terdapat di dalam al-Qur’an. Dalam waktu yang sama, dapat memahami makna-makna perkataan.
MBBQ II: Tahap Pertengahan (Mutawassit): Objektif:
- Mengulangkaji pelajaran yang terdahulu secara ringkas. - Memperkenalkan kata ganti diri, jenis fi’il, kata tanya, mufrad dan jamak,
dan nafi. - Memfokuskan kepada latihan bertutur dan pembinaan ayat dengan struktur
yang betul. - Mengaplikasi topik-topik yang dipelajari dalam beberapa ayat-ayat al-
Qur’an, Hadith Nabawi dan teks biasa yang mengandungi ajaran Islam.

315

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019)

e-ISSN: 2289-8042

Tahap Peserta: Peserta yang mengikuti program ini ialah mereka yang telah lulus dalam program MBBQ I Tahap Asas atau mereka yang mempunyai latarbelakang asas dalam bahasa Arab dengan dilakukan ujian terlebih dahulu.

Buku teks:

Buku teks yang digunapakai ialah “Lughah Al-Qur’an li Al- Jumhur lil AlMutawassit” (Yahya Gaid AlDarib &etal: 2015). Buku ini juga hasil karangan sendiri tenaga akademik UNISSA.

Silibus:

Memfokuskan kepada latihan bertutur dan pembinaan ayat dengan struktur yang betul. Latihan tersebut jelas dalam tajuk-tajuk berikut: Doa Mathur, Bulan Ramadhan, Hari Raya, Masjidil Haram, Nabi-Nabi Allah, Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa, Ziarah Orang Sakit dan Kelebihan Hari Juma’at. Dalam pada masa yang sama, topik-topik berikut: kata gantinama, ism isyarat, fi’il (madhi, mudhari’ dan amar), adawat al-Istifham, ism mufrad, jamak dan nafi, juga turut dipelajari.

Contoh Penerapan Amalan Beragama Dalam Buku Teks: Elemen-elemen yang dapat membantu peserta mengamalkan cara beragama adalah: • Unsur Nasihat, Pengajaran dan Tauladan: Tajuk-tajuk yang dipelajari seperti Doa Mathur, Bulan Ramadhan, Hari Raya, Masjidil Haram, Nabi-Nabi Allah, Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa, Ziarah Orang Sakit dan Kelebihan Hari Juma’at, memberikan pengajaran, nasihat, tauladan kepada peserta. Setiap tajuk ada diselitkan dengan ayat-ayat al-Qur’an dan juga hadith. Dalam hal ini peserta bukan sahaja belajar bahasa Arab bahkan mereka juga dapat memahami maksud dan memudahkan mereka untuk mengamalkannya. • Memperkayakan lagi perbendaharaan kata: Pada tahap ini, peserta bukan sahaja dapat memperkayakan perbendaharaan kata mereka dengan mempelajari perkataan-perkataan baru, bahkan dengan mendatangkan sinonim dan antoni bagi setiap perkataan dapat meluaskan lagi kemampuan mereka dalam memahami dan mengaplikasi perkataanperkataan tertentu.

MBBQ III: Program ini dibahagikan kepada dua (2) tahap: Tahap Lanjutan I (Mutaqaddim I) dan Tahap Lanjutan II (Mutaqaddim II).

Objektif: - Mengulangkaji pelajaran yang terdahulu secara ringkas.

316

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019)

e-ISSN: 2289-8042

- Mempraktikan kemahiran bahasa yang diperolehi sebelum ini dengan mengaplikasinya dalam surah- surah lazim dan teks biasa.

Tahap Peserta: Peserta yang mengikuti program ini ialah mereka yang telah lulus dalam program MBBQ II Tahap Pertengahan atau mereka yang mempunyai latarbelakang dalam bahasa Arab dengan dilakukan ujian terlebih dahulu.

Buku teks:

Buku teks yang digunapakai ialah “Lughah Al-Qur’an Li Al- Jumhur li AlMutaqaddim” (Siti Sara Ahmad &etal: 2013). Buku ini juga hasil karangan sendiri tenaga akademik UNISSA.

Silibus:

Kandungan Tahap Lanjutan Pertama: Memfokuskan kepada surah-surah lazim: surah al-Nas, al-Falaq, al-Ikhlas, alMasad, al-Kafirun, al-Ma’un, al-Fiil, al-Humazah, al-Asr, al-Takassur dan alQariah.

Manakala Tahap Lanjutan Kedua pula mengandungi surah-surah lazim berikut: al-Adiat, al-Jiljalzah, al-Baiyinah al-Qadr, al-‘Alaq, al-Dhuha, al- Lail dan alSyams.

Contoh Penerapan Amalan Beragama Dalam Buku Teks: Elemen-elemen yang membantu meningkatkan amalan beragama menerusi buku teks yang diajar pada dua (2) iaitu Lanjutan I dan Lanjutan II adalah seperti berikut: • Menambah kekusyukan dalam ibadah solat: Program ini dapat membantu peserta merasa lebih kusyuk dalam mengerjakan ibadah solat. Mereka mampu memahami makna surah tersebut dan seterusnya dapat mengamalkannya. • Memudahkan menghafal surah lazim : Mempraktikan membaca surah lazim dengan memahami maknanya mampu membantu peserta menghafal surah tersebut dengan mudah.

Penutup Program “Mari Belajar Bahasa Arab Untuk Orang Ramai” (MBBQ) dengan pelbagai tingkat tahapnya dianggap salah satu strategi dan langkah yang berkesan dalam mempertingkatkan amalan beragama di kalangan masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam. Penerapan amalan beragama ini diserlahkan menerusi silibus dan buku teks yang digunapakai oleh program tersebut. Berikut adalah elemen yang dikenal pasti menyokong kepada peningkatan amalan beragama bagi mereka yang menyertai program tersebut:

317

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019)

e-ISSN: 2289-8042

• MBBQ I Tahap Asas: sebutan huruf, celik huruf dan memahami makna perkataan.
• MBBQ II Tahap Pertengahan: unsur nasihat, pengajaran dan tauladan, dan memperkayakan lagi perbendaharaan kata
• MBBQ III dan IV Tahap Lanjutan I dan II: menambah kekyusukan dalam ibadah solat dan memudahkan menghafal surah lazim.

Menerusi elemen-elemen yang dikenalpasti dalam buku teks MBBQ didapati bahawa kemampuan peserta adalah meningkat dalam pengamalan beragama di mana pada tahap asas peserta bermula dengan memfokuskan kepada kemahiran menyebut dalam lingkungan perkataan kemudian berkembang di tahap pertengahan dengan kemampuan membaca dalam karya pendek yang banyak mengandungi unsur nasihat, tauladan dan pengajaran, dan seterusnya pada peringkat lanjutan kemampuan peserta dalam membaca surah-surah lazim dan mempraktikkannya semasa mengerjakan ibadah solat.
Kesemua elemen ini menguatkan bahawa dengan mempelajari bahasa Arab dan mempraktikkan serta memahami makna dan penggunaannya, amalan beribadat dapat dipertingkatkan kerana bahasa Arab adalah “bahasa ibadah”dan “bahasa al-Qur’an”.
Kajian ini turut mencadangkan beberapa perkara: 1. Keperluan kepada penawaran satu program bahasa Arab yang khusus bagi tujuan
ibadah solat. Penawaran ini dianggap sangat signifikan kerana ia bukan sahaja akan menyasarkan kepada surah-surah bahkan termasuk jua bacaan-bacaan sembahyang. Dengan ini masyarakat akan lebih benar-benar menghayati ibdah solat yang merupakan tiang agama. 2. Keperluan kepada penawaran program bahasa Arab bagi tujuan ibadah Haji dan Umrah.
Rujukan Al Rasheed Yusof Muhammad. 2012. Tadres Al-Lughat Al-‘Arabiyyah Turuqhuhu wa
Taqniyyatuhu al-Tarbawiyyah. Bandar Seri Begawan: Pusat Penyelidikan dan Penerbitan KUPU SB. Cetakan 2. Ee Ah Meng. 2003. Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ishak Baba. 2009. Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kaitannya Terhadap Prestasi Akademik Pelajar Uthm. http://eprints.uthm.edu.my/5572/1/0486.pdf Lee Shok Mee. 1998. Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi 2. Muhammad Jafar. 2009. Ta’lim Al-Lughah Al-Arabiyyah Li Al-_Aghrad Diniyyah Abar Mawaqi’ Al-Internet. Dalam Ta’lim Al-Lughah Al-Arabiyyah Lil Natiqeen Bighairiha Wa Itijahatiha. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Shohibuddin Laming, Salah Seboaui, Omari Abdallah Semasaba, Yahya Qaid AlDraib, Abul

318

JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2019)

e-ISSN: 2289-8042

Basher Ali Adam & Ali Obied. 2015. Lughatul al Quran li al Jumhur- Asas. Bandar Seri Begawan: UNISSA Press. Siti Sara Ahmad, Yahya Qaid AlDraib, Shohibuddin Laming, Salah Seboaui, Omari Abdallah Semasaba, Abul Basher Ali Adam, Ali Obied & Ahmed Sirrel khatim. 2013. Lughatul Qur’an li Al-Jumhur- Al Mutaqaddim. Bandar Seri Begawan: UNISSA Press. Yahya Qaid AlDraib, Omari Abdallah Semasaba & Ahmed Sirrel khatim. 2015. Lughatul Qur’an li al-Jumhur - Mutawassit. Bandar Seri Begawan: UNISSA Press.

319

Preparing to load PDF file. please wait...

0 of 0
100%
Pengajaran Bahasa Arab Kepada Masyarakat Awam Strategi